Bank Soalan



BAHASA MELAYU
Tingkatan 3
Kertas 2
Satu jam tiga puluh minit


Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga soalan. Soalan 1 mempunyai lima 
pilihan manakala Soalan 2 dan Soalan 3 tidak mempunyai pilihan.


Soalan 1
(Masa yang dicadangkan: 45 minit)

Tulis suatu karangan tentang satu daripada perkara di bawah ini. Panjangnya 
karangan anda hendaklah kira-kira 180 patah perkataan.

(a)     Sekolah anda telah menjemput seorang pegawai bomba dan penyelamat  
         untuk memberikan ceramah tentang kebakaran. 
         Tulis teks ceramah tersebut dengan lengkap.
(b)     Mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. 
          Berikan pendapat anda.
(c)     Anda ialah setiausaha sebuah kelab di sekolah anda. Kelab tersebut 
         bercadang untuk melawat ke rumah anak-anak yatim. 
         Tulis sepucuk surat kepada pengetua rumah anak-anak yatim itu untuk 
         menyatakan kedatangan anggota-anggota kelab tersebut dan tujuan 
         lawatan itu.2
(d)    Seorang pelajar sekolah anda telah dipilih sebagai pelajar terbaik di negeri 
        anda. Sebagai pengarang majalah sekolah, anda diberi tugas menemu
        ramah pelajar berkenaan.
        Tulis temu ramah tersebut selengkapnya.
(e)   Andaikan bahawa anda menyertai suatu ekspedisi. Tanpa disedari, anda 
        dan dua orang rakan anda terpisah daripada kumpulan ekspedisi tersebut.   
        Ceritakan pengalaman cemas anda dan rakan-rakan anda yang sesat itu 
        sehingga diselamatkan oleh pasukan penyelamat.


Soalan 2
(Masa yang dicadangkan: 30 minit)

Kaji jadual di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat 
dalam jadual di bawah, buat suatu rumusan tentang guna tenaga mengikut sektor di 
Malaysia. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah 
perkataan.


Guna Tenaga Mengikut Sektor di Malaysia

Pembuatan
27.5%
Pembinaan
8.8%
Perdagangan Borong
dan Runcit, Hotel &
Restoran
16.4%
Perkhidmatan Kerajaan
10.4%
Sektor- sektor lain
20.9%
Pertanian, Perhutanan, Ternakan
& Perikanan
15.9%





Soalan 3
(Masa dicadangkan: 15 minit)

Isi setiap tempat kosong dalam petikan di bawah ini dengan sepatah perkataan  yang paling sesuai. Anda hanya dikehendaki menulis nombor tempat kosongberkenaan berserta dengan jawapan anda. Petikan tidak perlu disalin semula.

Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil telah (1)__________ pembukaannya 
pada 11 Julai 1998. Dahulunya tapak kompleks sukan ini merupakan kawasan 
ladang getah dan tempat (2)__________ sampah Dewan Bandaraya Kuala 
Lumpur yang meliputi kawasan seluas 300 ekar. Kompleks Sukan Negara ini (3) 
_________stadium utama , iaitu Stadium Nasional, Stadium Putra, Kompleks 
Renang, iaitu Pusat Akuatik Nasional, Stadium Hoki Nasional, Pejabat Majlis 
-Sukan Negara, Institut Sukan Negara, dua buah stesen LRT, dan kemudahan kemudahan 
taman rekreasi seperti Taman Komanwel, Taman Keluarga, "River 
Front Park" dan sebagainya. Sukan Komanwel ke-16 telah (4)___________ di 
kompleks ini dari 11 hingga 21 September 1998. Ketika berlangsungnya temasya 
sukan ini, penggunaan  (5)___________ maklumat terkini bagi sistem 
pengurusan sukan dan keputusan  (6)___________ telah digunakan, bahkan 
terdapat juga pembukaan hos agensi berita dalam  (7) __________sukan 
tersebut. Justeru , pembinaan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil merupakan  
(8) __________ tanda kejayaan negara dalam pengurusan sukan di arena 
antarabangsa. Selain itu, pembinaan Kompleks Sukan Negara juga (9) 
___________menarik minat pelancong asing (10) _____________berkunjung ke 
sini dan tempat-tempat lain di negara kita.


KERTAS SOALAN TAMAT